Emas Mungkin Naik Semula, Tapi Jangan Gembira Dulu

782

Kemerosotan US dolar telah membantu pemulihan dagangan emas untuk bangkit dari paras terendah satu bulan yang disentuhnya pada awal minggu.

Bagaimanapun, faktor penurunan harga termasuk pengukuhan US dolar, hasil perbendaharaan AS yang lebih tinggi dan pendirian hawkish Federal Reserve (Fed) masih mengawal pasaran logam berharga itu.

Ketika penulisan, spot emas diniagakan sekitar harga $1,735 per auns pada sesi Asia, manakala niaga hadapan emas pula sedikit susut pada $1,748 per auns.

US dolar sedikit berundur dari puncak tertinggi 20 tahun yang dicapainya pada Isnin, mungkin disebabkan oleh pengambilan untung oleh pelabur menjelang akhir dagangan Ogos.

Dalam pada itu, pasaran turut berhati-hati menjelang data utama pada minggu ini iaitu laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada Jumaat.

Secara keseluruhan, US dolar masih lagi menguat dengan sokongan daripada keyakinan pelabur bahawa bank pusat AS akan terus menaikkan kadar faedah untuk mengekang inflasi.

Ekoran daripada itu, pergerakan emas mungkin akan terus terbatas pada sekitar paras terendah.

Pada simposium Jackson Hole minggu lalu, Pengerusi Jerome Powell menekankan bahawa Fed akan melanjutkan pengetatan dan membiarkannya kekal tinggi untuk beberapa waktu bagi memastikan inflasi turun ke sasaran 2% bank pusat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat