Emas Terus Dilepaskan, Tergelincir Lebih Rendah!

794

Kebangkitan US dolar terus mendorong kemerosotan logam kuning emas untuk diperdagangkan lebih rendah pada hari Rabu.

Sesi pasaran Asia menyaksikan logam berharga itu diniagakan suram pada sekitar harga $1,820 per auns.

Dagangan dolar greenback pula stabil selepas kenaikan mendadak pada sesi New York sebelum ini, menjadikan emas kurang menarik bagi pemegang mata wang lain.

Harga emas telah tersekat dalam pergerakan yang terhad pada sesi sebelumnya berikutan pelabur terperangkap di antara tekanan daripada prospek kadar faedah yang lebih tinggi dan sokongan daripada risiko kemelesetan.

Bagaimanapun, kenyataan daripada Presiden Federal Reserve (Fed) New York, John Williams yang hawkish menyebabkan emas terus melemah.

Dengan menjanjikan peningkatan kadar faedah lebih cepat daripada bank pusat sehingga 3% atau 3.5% menjelang akhir tahun, beliau turut menolak kemungkinan mengenai kemelesetan akan berlaku di ekonomi gergasi dunia itu.

Sementara itu, tumpuan pasaran kini beralih kepada ucapan tiga penggubal dasar utama daripada Fed, Bank pusat Eropah (ECB) dan England (BOE) dalam Forum Perbankan Pusat pada malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat