Empayar Rangkaian Teater Terkemuka Dunia Mungkin Berakhir!

307

AMC Entertainment Holdings Inc, rangkaian teater terbesar di dunia, telah mengemukakan amaran mengenai masalah tunai dan mendedahkan bahawa terdapat kemungkinan perlu melakukan penstrukturan semula liabiliti di mahkamah sekiranya tidak ada sumber mudah tunai.

Selain itu, sahamnya juga dilaporkan mengalami kejatuhan hampir 4% dalam perdagangan premarket, mengatakan bahawa terdapat jangkaan sumber tunai akan habis pada akhir tahun ini atau awal 2021.

Walaupun rangkaian teater besar seperti AMC Entertainment, saingan Cineworld Group dan lain-lain telah membuka kembali cawangan mereka di kebanyakan lokasi, para penonton masih dibelenggu oleh ketakutan akibat penularan virus Covid-19 dan berhadapan dengan masalah kelewatan dalam siaran utama oleh studio. Tambahan daripada itu, syarikat teater kecil dan sederhana mengatakan bahawa mereka mungkin tidak dapat bertahan daripada kesan penularan wabak tersebut.

Awal bulan ini, AMC mendakwa bahawa lebih daripada 80% teaternya di AS akan tetap beroperasi. Meskipun begitu, jumlah pengunjung telah merosot sebanyak 85% berbanding tahun lalu, sejak dibuka kembali setelah perintah berkurung ditarik semula.

Sehubungan dengan itu, terdapat banyak persoalan yang timbul berkaitan dengan kemampuan syarikat tersebut untuk terus bertahan dalam jangka masa panjang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat