Saham Intel melonjak 10% dalam dagangan awal selepas pelantikan Lip-Bu Tan sebagai CEO baharu – lelaki yang pernah keluar dari lembaga pengarah kerana tidak sebulu dengan hala tuju syarikat!
Pelabur optimis bahawa Tan mampu memikat pelanggan baharu dan mengubah nasib Intel, tetapi cabarannya bukan kecil.
Dengan saham merudum 60% sejak lima tahun lalu, nilai pasaran di bawah $100 bilion, dan pesaing seperti TSMC serta Broadcom mengintai kelemahannya, Tan perlukan lebih daripada sekadar strategi lama atau dia sendiri yang bakal jadi minyak?
Penganalisis terkenal industri semikonduktor, Stacy Rasgon, menyatakan bahawa pengalaman Tan dalam lembaga pengarah sebelum ini memberinya kelebihan kerana dia sudah memahami kelemahan dalaman syarikat, menjadikannya lebih realistik dalam mengemudi Intel berbanding kepimpinan terdahulu.
Namun, Tan sendiri memberi bayangan bahawa pemulihan akan makan masa bertahun-tahun.
Adakah Tan mampu mengubah nasib Intel, atau dia hanya juragan terakhir sebelum kapal ini karam?