Ethereum (ETH) Gantikan Litecoin (LTC), Menjadi Perak Kepada Bitcoin (BTC)?

1,132

Dalam ramalan terbaru, pengerusi eksekutif HIVE Blockchain, Frank Holmes yakin Ethereum akan mendapat perhatian yang lebih besar berbanding situasi semasa dan mungkin akan menjadi perak kepada emas Bitcoin.

Relevankah Ethereum menggantikan Litecoin (LTC)? Menurut Holmes, ketika emas bergerak ke paras Moving Average 50 (MA50) dan meningkat sebanyak 15%-20%, perak juga mencatatkan lonjakan mendadak 30%.

Begitu juga Ethereum yang mencerminkan perak ketika harga Bitcoin mula bergerak: “Ethereum melonjak tinggi jika Bitcoin ke paras tertinggi.”

Tidak cukup dengan itu, ketika emas menjadi pilihan sebagai aset safe haven, perak pula memiliki sejumlah besar kes penggunaan berbanding emas.

Hal yang sama berlaku jika Bitcoin dipandang dari aspek simpanan, Ethereum masih menang kerana memiliki kes penggunaan yang jauh lebih tinggi: “Sama seperti perak, 20% permintaan perak adalah untuk tenaga solar. Ia memiliki lebih tinggi kadar mesra alam, tidak menjadi ruang pembiakan virus, dan lebih banyak digunakan dalam perubatan. Begitu juga Ethereum, ia digunakan untuk DeFi dan NFT.

Menariknya lagi, lambakan anak muda menggunakan cip GPU untuk permainan, dan kesemuanya berupaya melombong ETH. Perkara itu secara tidak langsung menyebabkan keterbatasan koin.

Perkara ini dapat dilihat mesin yang normalnya menghasilkan 300 ETH sehari ketika aset itu didagangkan pada $300, kini hanya menghasilkan 80 ETH sehari.

Holmes juga melihat peralihan Ethereum kepada konsensus mekanisme Proof-of-Stake (PoS) sebagai satu hal yang membimbangkan kerana bekalan ETH akan menyusut.

Tetapi sudah pasti ia tidak akan menghentikan permintaan ETH dan minat orang ramai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat