Ethereum Terus Meroket – Ini Sebab Pelabur Memilih Ether Ketika Ini!

2,484

Ethereum menunjukkan prestasi memberangsangkan pada hari ini dengan harga 1 unit Ether melepasi $ 4,000 iaitu satu rekod tertinggi baru.

Ether yang beroperasi menggunakan blockchain Ethereum, meningkat hampir 7% dalam tempoh 24 jam terakhir kepada $ $4,113.35 berdasarkan coinmarketcap. Kini, ethereum telah mempunyai nilai pasaran keseluruhan $ 476.3 bilion, kurang dari setengah bitcoin $ 1.1 trilion.

Sejak akhir-akhir ini Ether telah mendapat perhatian yang lebih kerana para pelabur mencari keuntungan di tengah kejatuhan harga bitcoin yang ketara pada bulan April, sementara ther naik lebih dari 40%. Keseluruhan pasaran kripto pada masa ini bernilai sekitar $ 2.5 trilion, berdasarkan CoinMarketCap,

Para pelabur mainstream dan beberapa pembeli korporat seperti Tesla telah meluaskan pelaburan mereka kepada bitcoin pada awal tahun ini. Mereka melihat kripto sebagai potensi lindung nilai inflasi kerana bank pusat di seluruh dunia memilih mencetak wang untuk menjana ekonomi di tengah Covid-19. Bank-bank utama Wall Street seperti Goldman Sachs dan Morgan Stanley juga berusaha menawarkan tawaran pelaburan bitcoin kepada klien mereka.

Walaupun begitu, sebilangan pihak masih skeptikal dengan kripto. Menurut Michael Hartnett, ketua strategi pelaburan di Bank of America Securities, mengatakan bahawa Bitcoin ada ‘ibu segala gelembung’, sementara yang lain berpendapat ia tidak mempunyai asas.

Mark Cuban, yang merupakan pelabur jutawan dan pemilik Dallas Mavericks, baru-baru ini menyenaraikan tiga sebab penting mengapa Ethereum akan terus melonjak dan mengungguli Bitcoin.Pertama kerana, ETH boleh memproses lebih banyak transaksi sesaat. Kedua, developer boleh membangunkan pelbagai aplikasi transaksi di Ethereum. Ketiga, masih banyak ruang penambahbaikan boleh dilakukan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat