EUR/AUD Kembali Membuat Kenaikan Selepas Mencecah Paras Terendah Pada 1.57800

320

Matawang Euro menunjukkan sedikit peningkatan pada dagangan sesi Eropah berikutan pasaran memberi reaksi terhadap ucapan Presiden Mario Draghi di Frankfurt pada petang ini.

Kebanyakan isu dalam ucapannya sudah diperkatakan pada sidang kemuncak awal bulan ini tetapi dengan nada yang lebih optimis berkaitan ekonomi yang masih bertahan dan beliau meletakkan keyakinan untuk mencapai sasaran inflasi. Namun, masih banyak cabaran yang perlu ditangani oleh bank pusat dengan sebaik mungkin.

Euro walau bagaimanapun dilihat masih berada dalam kelompok dagangan matawang yang berisiko berbanding matawang utama yang lain.

Namun, dagangan hari ini melihatkan Euro berjaya didagangkan lebih kukuh berbanding matawang komoditi dolar AUD. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/AUD yang membuat penurunan semalam kembali menunjukkan kenaikan harga sejak sesi pasaran Asia hari ini bermula.

Ini adalah disebabkan Aussie yang didagangkan lemah terkesan oleh data ekonomi di China yang merupakan rakan dagang terbesarnya.

Data keuntungan perindustrian di China merekodkan kejatuhan terbesar sejak tahun 2011 dengan bacaan penurunan kepada -14% bagi bulan Januari dan Februari. Faktor yang mempengaruhi penurunan pada data tersebut adalah melibatkan kemerosotan pada sektor perindustrian utama China seperti auto, pemprosesan minyak, keluli dan industri kimia.

Selain itu juga, kejatuhan ketara pada dagangan Kiwi turut mempengaruhi penurunan pada dagangan Aussie atas faktor serantau.

Harga pada chart EUR/AUD telah mencatatkan kenaikan dari paras terendah semasa sekitar 1.57800 dan telah naik melepasi paras Magic Pivot 1.5830 hari ini sebelum menuju ke paras resistance 1.5881 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Jika harga meneruskan kenaikan, paras SBR (support become resistance) pada 1.59000 yang telah berjaya harga breakout sebelum ini bakal kembali diuji semula sebelum harga meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Namun, jika harga menyambung semula momentum penurunan harga semalam, paras terendah pada dagangan harian semalam akan cuba untuk ditembusi harga sebelum menuju ke paras support seterusnya sekitar paras support 1.5744 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/AUD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan juga paras penting pada indicator Moshed Magic Line untuk menentukan paras support dan resistance terbaik setiap hari.

Paras support: 1.5744, 1.5693, 1.5606.

Paras resistance: 1.5881, 1.1968, 1.6018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat