EUR/USD Ada Potensi Untuk Melonjak Lebih Tinggi?

635

Pelabur kekal berwaspada pada dagangan awal minggu untuk menghadam sentimen pasaran yang masih bercampur-campur dengan perkembangan penularan Covid-19 terus dipantau.

Ekoran suasana dalam pasaran yang tidak menentu, US dolar dilihat gagal memaparkan arah pergerakan harga yang jelas selepas pengukuhan pada sesi Eropah semalam tidak berjaya dikekalkan sebelum menyusut semula pada sesi New York.

Susulan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) melaksanakan pengurangan pembelian bon (tapering) lebih awal, data inflasi AS yang akan diterbitkan hari ini serta ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell pada Rabu akan menjadi perhatian pasaran.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD semalam, dapat dilihat harga membuat penurunan sekitar 40 pips pada sesi Eropah ke paras 1.18400.

Namun, awal sesi pasaran New York bermula telah melihatkan kenaikan semula harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang masih memberi isyarat untuk trend menaik harga.

Penganalisis juga melihat potensi untuk peningkatan nilai Euro selepas terdapat laporan bahawa bank pusat Eropah (ECB) bakal memulakan tapering pada mesyuarat September susulan perubahan sasaran inflasi pada minggu lalu.

Kenaikan harga dilihat akan menguji rintangan 1.19000 pada zon SBR (support become resistance) seperti situasi minggu lalu.

Kenaikan yang berjaya melepasi zon tersebut akan mengukuhkan keyakinan pelabur untuk trend bullish harga pada carta EUR/USD dengan sasaran harga lebih tinggi pada zon 1.20000.

Sebaliknya jika harga mengalami penurunan semula, zon support pada 1.18000 kekal menjadi paras tumpuan harga.

Penurunan lebih rendah akan mencatatkan paras terendah terbaru 3 bulan berkemungkinan mencecah ke paras 1.17200-1.17000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat