EUR/USD Kecewakan Jangkaan Pelabur Untuk Melonjak

420

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD mengecewakan pelabur yang menjangkakan untuk kenaikan harga sebaliknya harga alami kejatuhan semula.

US dolar kembali pamerkan pengukuhan selepas hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) kembali meningkat semula.

Walaupun peningkatan US dolar dilihat agak terhad, namun berjaya memberi tekanan terhadap mata wang utama yang lain dalam pasaran untuk kembali bergerak lemah semula.

Pada carta harga EUR/USD semalam, harga kembali membuat penurunan selepas gagal mengekalkan lonjakan pada hari sebelumnya.

Selepas melonjak dari paras support 1.2000 pada Selasa, harga pada mulanya dilihat positif untuk membuat kenaikan selepas melepasi zon rintangan 1.20600-1.20900. Namun, harga menjunam semula pada sesi Eropah semalam.

Data ekonomi Eropah yang diterbitkan semalam gagal menyokong peningkatan nilai Euro sementara data jualan runcit serta kadar pengangguran Eropah akan menjadi tumpuan hari ini.

Bersambung pada dagangan Khamis, pelabur semakin diyakinkan untuk harga meneruskan penurunan apabila bergerak lebih rendah di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di awal sesi Asia.

Penurunan lebih rendah bakal kembali semula ke paras 1.2000 untuk harga menguji zon support tersebut.

Harga berkemungkinan akan mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu ke zon RBS (resistance become support) 1.19500 atau zon support 1.19000.

Sekiranya harga berjaya membuat kenaikan semula melepasi zon rintangan 1.20600-1.20900, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan semula untuk menuju ke zon SBR (support become resistance) 1.21500-1.21800.

Pelabur akan lebih berwaspada terhadap dagangan US dolar menjelang laporan data pekerjaan NFP AS pada Jumaat.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat