EUR/USD Lonjak Semula Lebih 100 Pips Ke Paras $1.0000

140

Pergerakan mengejutkan dipaparkan oleh mata wang US dolar pada sesi New York Rabu semalam yang ketara menyusut, gagal untuk mengekalkan momentum pengukuhan pada sesi-sesi sebelumnya.

Pelabur berkemungkinan berwaspada menjelang ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada hari ini (Khamis) dan mendorong berlakunya aktiviti profit-taking dalam kalangan pelabur.

Justeru, situasi penyusutan US dolar itu telah kembali memberi ruang untuk mata wang utama yang lain dalam pasaran untuk meningkat semula termasuk Euro.

Euro terselamat dari mengalami kejatuhan lebih parah apabila berjaya didagangkan meningkat semula berbanding US dolar ketika pelabur menjangkakan mata wang Eropah itu akan terus tertekan.

Ini disebabkan krisis tenaga yang berlarutan di Eropah dengan lanjutan penutupan saluran paip Nord Stream 1 oleh Rusia untuk kerja-kerja penyelenggaran yang masih belum selesai.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat meniti di paras sokongan 0.98800 pada Rabu semalam dan paras tersebut berjaya mengekang kejatuhan lebih rendah harga.

Harga telah memaparkan lonjakan harian sekitar 130 pips sehingga kembali mencapai semula ke paras pariti 1.0000 yang kini menjadi rintangan buat harga yang berlegar di sekitar tersebut bersambung di awal sesi Asia pagi Khamis ini.

Kenaikan harga yang turut melepasi paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga itu juga telah mencetus jangkaan perubahan trend harga semula.

Kenaikan harga jika diteruskan menjauh dari paras pariti 1.0000 seterusnya dilihat akan menguji rintangan pada 1.01000 pada zon SBR (support become resistance) tersebut.

Namun, pelabur perlu bersedia untuk kejatuhan semula harga sekiranya US dolar kembali mengukuh semula sementara Euro terus didagangkan berisiko dalam pasaran.

Harga yang gagal untuk bergerak di atas paras 1.0000 berkemungkinan boleh susut semula menguji kembali paras sokongan harga pada 0.98800.

Dan penurunan yang melepasi paras tersebut bakal mencatatkan paras terendah terbaru 20 tahun dengan sasaran menuju sekitar 0.98000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat