EUR/USD Pacak 70 Pips Susulan Reaksi Terhadap Laporan NFP AS

301

Meleset berbanding jangkaan pasaran untuk menyaksikan pengukuhan US dolar di penghujung minggu apabila laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk Disember 2021 yang diterbitkan pada Jumaat lalu catat bacaan yang mengecewakan.

Sebelum itu, laporan data ADP yang mengukur sektor pekerjaan swasta AS yang diterbitkan pada Rabu pamer angka yang melonjak lebih tinggi, membuatkan pelabur melihat sebagai petunjuk positif terhadap laporan NFP, namun sebaliknya yang berlaku.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada Jumaat lalu menyaksikan lonjakan harian sekitar 70 pips ekoran reaksi pasaran terhadap laporan NFP yang mengecewakan mendorong penyusutan US dolar pada penutup dagangan minggu lalu.

Harga masih bergerak dalam julat yang sama sehingga 6 minggu menantikan perkembangan seterusnya langkah Federal Reserve (Fed) dalam meneruskan dasar monetari mereka.

Kembali memberi isyarat untuk trend bullish pada carta EUR/USD, harga telah bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dengan jangkaan US dolar bakal melemah pada awal minggu menjelang data tumpuan inflasi AS minggu ini.

Pembukaan pasaran pada sesi Asia hari ini (Isnin) melihat penurunan awal harga, namun berkemungkinan situasi tersebut hanya sementara dengan jangkaan kecenderungan US dolar untuk melemah di awal minggu.

Kenaikan harga yang berjaya diteruskan berkemungkinan akan kembali ke zon 1.14000 untuk menguji rintangan tersebut setelah 6 minggu harga berlegar di bawahnya.

Sebaliknya jika harga kembali menjunam semula, zon sokongan harga yang akan menjadi perhatian adalah pada 1.12500 yang masih lagi berjaya menyokong harga daripada jatuh lebih rendah.

Penurunan harga lebih rendah akan kembali menguji zon support utama pada tahun 2021 iaitu 1.12000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat