EUR/USD Pacak Ke Paras Tertinggi 4 Minggu!

154

Jangkaan positif pelabur susulan petunjuk hawkish oleh bank pusat Eropah pada minggu lalu terus menyokong prestasi cemerlang mata wang Euro bersambung di awal pembukaan pasaran minggu ini.

European Central Bank (ECB) memberi isyarat untuk kenaikan kadar faedah yang agresif selain mendedahkan rancangan untuk pengetatan kuantitatif, di mana kedua-dua langkah tersebut adalah bertujuan untuk mengetatkan dasar monetari.

Situasi ini akan memberi kesan terhadap peningkatan nilai mata wang Euro di samping mengambil kesempatan ke atas faktor penyusutan US dolar.

Pelabur berwaspada menantikan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York malam ini, mendorong US dolar didagangkan lemah di paras terendah 2 minggu.

Justeru itu, pelabur menyaksikan corak kenaikan harga telah dipaparkan pada carta pasangan mata wang EUR/USD dari minggu lalu bersambung pada awal minggu ini.

Pada dagangan Isnin semalam, harga membuat kenaikan dari paras 1.00600 melepasi rintangan 1.01000 sehingga hampir menyentuh paras ketinggian 1.02000 dengan kenaikan harian sekitar 140 pips dan mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu.

Namun, gagal melepasi paras 1.02000, harga susut semula sekitar hampir 100 pips ke paras 1.01000 yang kini menjadi paras sokongan buat harga.

Harga masih menunjukkan pergerakan dalam trend bullish yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Jadi, penurunan yang dipaparkan di sesi New York semalam boleh dinilai sebagai pembetulan harga (correction) untuk harga menyambung kenaikan lebih tinggi pada hari ini.

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan, paras ketinggian yang dicapai semalam bakal diatasi untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru lagi minggu ini.

Sasaran untuk kenaikan yang diteruskan adalah pada 1.02400 sebelum ke paras ketinggian 1.03000.

Namun jika harga membuat penurunan di bawah paras 1.01000 dan melepasi paras sokongan MA50, pelabur perlu berwaspada untuk isyarat penurunan harga semula.

Perhatian akan diberikan semula pada paras pariti 1.0000 atau paras 0.99500 yang menjadi tumpuan pada minggu lalu untuk penurunan diteruskan minggu ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat