EUR/USD Tepati Ramalan Untuk Menjunam

739

US dolar kembali kukuhkan kedudukan dalam pasaran pada minggu ini apabila mendapat kelebihan dalam sentimen pasaran yang berisiko sebagai mata wang safe-haven.

Indeks dolar mengukur melepasi paras tertinggi 2 minggu walaupun hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) kembali susut semula selepas melonjak ke paras tertinggi 14 bulan pada minggu lalu.

US dolar dilihat dengan mudah mengatasi kembali mata wang utama yang lain dalam pasaran untuk memberikan arah pergerakan harga yang lebih jelas kepada pelabur.

Seperti yang dipamerkan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga menjunam ke paras lebih rendah selepas melepasi paras sokongan 1.19000.

Sehingga bersambung pada dagangan sesi Asia pagi Rabu, harga telah mencecah ke paras sokongan pada awal Mac sekitar 1.18350.

Berkemungkinan harga akan sedikit meningkat dahulu sebelum menyambung penurunan pada sesi Eropah dan sesi New York.

Penurunan harga lebih rendah dilihat akan menuju ke zon support pada 1.18000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 4 bulan.

Jika harga membuat kenaikan pula, paras rintangan 1.19000 akan menjadi tumpuan untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Kenaikan melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga akan menjadi isyarat awal perubahan trend bullish semula pada carta EUR/USD.

Pelabur akan memantau sentimen pasaran semasa yang mempengaruhi dagangan US dolar sementara memberi tumpuan terhadap terbitan data-data ekonomi Eropah pada hari ini bagi dagangan Euro.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat