Euro Ambil Kesempatan Pandu EUR/JPY Melonjak Lebih Agresif

335

Matawang Yen terus terperosok ke paras terendah yang pernah dicatatkan sejak April 2019 untuk memberi ruang kepada matawang Euro bagi menguasai pergerakan harga pada carta EUR/JPY.

Sentimen pasaran risk-on terus menyambung hiasi pasaran kewangan dari minggu lalu yang dipacu oleh beberapa faktor dan secara tidak langsung kekal mendorong matawang safe-haven Yen kekal lemah.

Menilai kepada carta harga pasangan matawang EUR/JPY, pergerakan harga telah pun meneruskan rentak kenaikan yang dipamerkan sejak awal dagangan minggu ini dengan lonjakan sekitar 200 pips.

Kenaikan yang dipaparkan telah merekodkan paras tertinggi terbaharu 2 minggu setelah berjaya menembusi paras rintangan paling ‘kebal’ sejak permulaan dagangan September sekitar 131.600.

Pergerakan harga juga terus didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk kukuh mencatat trend bullish jika dilihat kepada carta harga EUR/JPY.

Peningkatan harga yang lebih tinggi berkemungkinan bakal menguji zon rintangan 132.000-132.400 yang mana ia adalah paras yang telah mengekang lonjakan harga yang lebih agresif sejak penghujung Jun.

Jika pergerakan harga berupaya untuk mengekalkan rekod cemerlang, zon rintangan paling gah pada 134.000 akan sekali lagi diuji setelah zon tersebut telah dicapai pada awal dagangan Jun.

Manakala sekiranya reaksi harga kembali mempersembahkan trend penurunan, harga dijangka bakal mencecah semula ke zon RBS (resistance become support) pada paras sekitar 131.000.

Namun jika penurunan harga terus menyusut lebih rendah, kebarangkalian pergerakan harga mungkin akan didorong untuk menguji paras rintangan 131.600 selepas ia berjaya dilepasi pada awal minggu.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat