Euro Buat ‘Kejutan’, Apa Pula Yang Menjadi Tumpuan ‘Trader’ Selepas FOMC?

727

Matawang Euro terus mengukuh pada hari Khamis dengan para pelabur kini beralih tumpuan pada perkembangan dalam perbincangan antara Rusia dan Ukraine. Dalam masa yang sama keputusan the Fed untuk menaikkan kadar faedah tidak banyak mempengaruhi pasaran.

Kremlin menyatakan bahawa Rusia sedang tekad untuk menjayakan perbincangan ini yang dilihat dapat membawa kemungkinan perjanjian damai dengan Ukraine. Sementara itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy tidak mengubah pendiriannya bahawa sempadan antarabangsa Ukraine mesti diiktiraf, kata seorang penasihat.

Matawang Euro mengukuh 0.52% berbanding US dolar kepada paras dagangan 1.1090. Menurut penganalisis Commerzbank bahawa apa yang penting untuk pasaran pertukaran asing ialah sama ada kemungkinan krisis tenaga berkurangan atau tidak kerana ia memberi kepada inflasi dan pertukaran matawang.

Matawang Ruble Rusia susut 16% kepada 105.18 berbanding US dolar selepas mencecah paras tertinggi sejak 24 Februari pada 88.5 pada hari Rabu. Disisi lain, The Fed memulakan pengetatan dasar monetarinya dengan kenaikan kadar suku peratusan mata pada hari Khamis, manakala unjuran baharu menunjukkan penggubal dasar bersedia mengerah segala daya dalam melawan inflasi.

“Memandangkan mesyuarat FOMC yang sangat hawkish, reaksi pasaran semalam tidak begitu mengagumkan, menunjukkan bahawa pelabur sudah menetapkan harga dalam jangkaan mereka” kata penganalisis Unicredit.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan susut 0.54% kepada paras dagangan 98.985. Matawang yen pula susut 0.1% kepada 118.63, kepada paras terendah sejak Februari 2016.

Sasaran 2% yang ditetapkan bank pusat Jepun dilihat tidak mungkin dicapai kerana peningkatan kos tenaga. Pound melemah berbanding euro dan US dolar selepas Bank of England menaikkan kadar faedah seperti yang dijangkakan, namun bersikap sederhana mengenai keperluan untuk kenaikan selanjutnya.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat