EURUSD Analisa Fundamental Harian 13 Mei 2016

51

Euro Dollar kembali jatuh lebih 55 pips Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.1370 sebelum menutup sekitar paras $1.1373; selepas laporan Pengeluaran Perindustrian Euro-Zone keluar meleset dari jangkaan.  Pada masa yang sama, sentimen kenaikan kadar AS pada Jun yang digembar-gemburkan oleh beberapa Presiden Feds cawangan terus menguasai pasaran dan memberikan sokongan belian untuk Dollar.

Di pasaran Eropah semalam, laporan menunjukkan pengeluaran perindustrian jatuh sebanyak -0.8%, jauh meleset daripada anggaran kenaikan 0.1%. Ini bermakna pertumbuhan ekonomi di seluruh 19 negara Euro-Zone pada suku pertama tahun ini, mungkin akan disemak semula lebih rendah. Eurostat, agensi statistik Kesatuan Eropah, berkata kejatuhan bulanan telah meluas, dengan hanya pengeluaran tenaga mendapat peningkatan. Penurunan bulan Mac itu juga mengikuti penurunan besar sebanyak -1.2% pada bulan Februari, dan ini bermakna bahawa lebih daripada 2.4% lonjakan pada Januari telah dipadamkan.

Keputusan buruk sejak beberapa bulan lalu adalah satu lagi bukti bahawa Euro-Zone sedang menghadapi prospek ekonomi yang lebih lemah berdasarkan beberapa faktor, termasuk ketidaktentuan keadaan pemulihan ekonomi global, yang berpunca khususnya daripada kelembapan ekonomi di China. Laporan semalam mencadangkan bahawa Euro-Zone telah kehilangan momentum yang menyaksikan ia berkembang lebih cepat daripada AS, pada suku pertama tahun ini dan membantu pengangguran turun di seluruh rantau Eropah.

Juga memberi kesan kepada kadar tukaran EUR/USD yang jatuh lebih rendah semalam, adalah kebimbangan yang muncul semula terhadap masa depan Greece dalam Kesatuan Eropah dan pilihan raya umum Sepanyol yang akan datang.  Hari ini Euro-Zone bakal melaporkan GDP suku pertama 2016 yang dijangka stabil pada 0.6% dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tiga data ekonomi utama hari ini, dengan jualan runcit yang dijangka tidak berubah pada -0.3%, harga pengeluar yang dijangka meningkat dari -0.1% kepada 0.3% dan sentimen pengguna yang bertambah baik dari 89.0 mata kepada 89.9 mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat