EURUSD Analisa Fundamental Harian 24 Aug 2015

37

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-008

Euro Dollar terus memacu naik lebih 150 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1390 sebelum menutup sekitar paras 1.1385; setelah dibantu oleh kelemahan dolar AS dan data PMI yang kukuh dari Euro-Zone dan berita pilihan raya mengejut di Greece. Ekonomi Euro-Zone menjadi rancak bulan ini, dengan peningkatan di Jerman mengangkat indeks perniagaan untuk menutup ke paras tertinggi dalam tempoh empat tahun.

Markit Ekonomics berkata pada Jumaat bahawa Indeks Pengurus Pembelian komposit pembuatan dan perkhidmatan, meningkat kepada 54.1 daripada 53.9 pada bulan Julai; berhampiran dengan paras empat tahun tertinggi yang dicapai pada bulan Jun. Ia berada di atas paras 50 yang membahagikan pengembangan daripada penguncupan dan dibandingkan dengan anggaran median 53.7 dalam kaji selidik Bloomberg.

Peningkatan ini sebahagiannya diketuai oleh Jerman, ekonomi terbesar di rantau itu, di mana indeks kilang meningkat kepada paras tertinggi dalam lebih satu tahun. Ini mengimbangi angka yang “mengecewakan” dari Perancis, di mana pembuatan susut bagi bulan kedua.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat