Fahami Apa Itu Liquidity Pool Dalam Kripto

1,215

Liquidity adalah penting dalam pasaran kewangan dan juga kripto yang mengukur tahap kepantasan sesuatu aset ditukarkan kepada tunai dan mengelakkan pergerakan harga yang drastik berlaku.

Apa pula liquidity pools yang dikatakan memainkan peranan penting dalam mencipta kecairan dalam sistem kewangan terdesentralisasi (DeFi)?

Liquidity pool merupakan timbunan digital mata wang kripto yang dikunci dalam kontrak pintar, seterusnya menghasilkan kecairan untuk membuat transaksi lebih pantas. Pembuat pasaran automatik (AMM) adalah komponen utama liquidity pool.

AMM ialah protokol yang menggunakan liquidity pool untuk membenarkan aset digital didagangkan secara automatik dan bukannya seperti pasaran tradisional yang memerlukan pembeli serta penjual.

Dalam erti kata lain, pengguna platform AMM dibekalkan liquidty pools bersama tokennya, termasuklah harga token dalam pool tersebut akan ditentukan dalam formula matematik AMM yang tersendiri.

Liquidity pools penting untuk yield farming dan permainan dalam talian berasaskan blockchain serta direka untuk memberi insentif kepada pengguna platform kripto yang berbeza dipanggil liquidity providers (LP).

LP akan diberi ganjaran melalui sebahagian kecil daripada yuran dan insentif iaitu bersamaan dengan jumlah liquidity yang dibekalkannya.

Salah satu pertukaran DeFi menggunakan liquidity pools pada rangkaian Ethereum yang mengandungi token ERC-20 ialah SushiSwap (SUSHI) dan Uniswap, manakala PancakeSwap menggunakan token BEP-20 dalam BNB Chain.

Matlamat utama liquidity pools adalah menghapuskan isu pasaran illiquid iaitu situasi kesukaran untuk mencairkan aset berikutan beberapa faktor antaranya kekurangan pembeli.

Oleh itu, liquidity pools telah memberikan insentif kepada penggunanya serta menyediakan kecarian untuk bahagian yuran dagangan.

Dalam pada itu, dagangan bersama program liquidity pool seperti Uniswap tidak memerlukan jangkaan pemadanan serta pelaksanaan harga.

AMM diprogramkan untuk memudahkan perdagangan dengan menghapuskan jurang antara pembeli dan penjual token mata wang kripto.

Antara kelebihan liquidity pools ialah dapat memudahkan dagangan DEX dalam melakukan transaksi pada harga pasaran semasa serta membenarkan pengguna menyediakan kecairan dan menerima ganjaran termasuklah faedah atau peratusan hasil tahunan pada mata wang kriptonya.

Liquidity pools juga menggunakan kontrak pintar yang boleh dilihat secara umum bagi memastikan keselamatan maklumat audit.

Manakala kekurangan liquidity pools adalah kumpulan dana berada di bawah sekumpulan kecil yang bertentangan dengan konsep desentralisasi.

Tambahan itu, eksploitasi penggodaman disebabkan protokol keselamatan yang lemah akan menyebabkan kerugian kepada liquidity provider, termasuklah penipuan seperti rug pulls dan scammer.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat