Fed Naikkan 75 Mata Asas! Pasaran Kripto Ok Ke Tak Tu?

194

Pasaran kripto merudum lagi selepas pengumuman Federal Reserve (Fed) awal pagi tadi yang mengumumkan kenaikan kadar faedah 75 mata asas untuk kali ketiga berturut-turut.

Difahamkan, kadar faedah kini berada dalam julat 300-325 mata asas dan Fed menjangkakan kenaikan kadar faedah pada masa hadapan akan menyebabkan inflasi bulan Ogos menjadi lebih teruk daripada jangkaan.

Tindakan Fed yang membuatkan paras inflasi melambung tinggi dengan kenaikan kadar faedah dan pengetatan kuantitatif bukanlah perkara baik untuk aset berisko kerana kenaikan 75 mata asas pada bulan Jun telah menyebabkan pertumpahan darah dalam pasaran kripto.

Walaupun begitu, kenaikan kadar faedah kali ini tidak akan memberi kesan yang sama kerana pasaran meningkat selepas kejatuhan awal, sama seperti situasi pada bulan Julai.

Selain itu, Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) mencapai paras terendah baharu apabila dolar mengukuh, namun mata wang kripto dilihat sedikit meningkat semula beberapa mata di sesi Asia pagi Khamis ini.

Sebagai rekod, keadaan pasaran kripto dapat ditentukan melalui saham umum serta keadaan makroekonomi dan ancaman seperti ketidakstabilan kewangan global boleh membuatkan Fed memperlahankan pendiriannya yang hawkish dan memberi kesan kepada pergerakan harga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat