Firma Gergasi Ini Labur $152 Juta Untuk Axie Infinity (AXS)!

500

Syarikat konglomerat Samsung, Samsung Next dikhabarkan telah membuat pelaburan bernilai $152 juta dalam pusingan Siri B syarikat permainan berasaskan kripto, Sky Mavis.

Sebagai rekod, Sky Mavis berpangkalan di Vietnam dan merupakan pembangun kepada Axie Infinity.

Sebelum ini Samsung ada juga membuat pelaburan terhadap Dapper Labs, pencipta CryptoKitties dan syarikat berpangkalan di Hong Kong, Animoca Brands.

Pelaburan terbaru Samsung disifatkan sebagai satu langkah untuk mengaut keuntungan yang tinggi (ROI), selain melihat potensi blockchain dan non-fungible token (NFT) yang meyakinkan.

Bagaimanapun, Korea Selatan awal-awal lagi sudah menyekat mana-mana produk yang berkaitan dengan blockchain atau NFT melalui badan yang dikenali sebagai Game Rating and Aministration Committee.

Tidak pasti sejauh mana halangan ini diteruskan, profesor pengurusan industri dan kejuruteraan Myongji University, Kim Jeong-soo yakin pihak kerajaan akan meringankan sekatan memandangkan fokus negara sudah beralih kepada pengembangan metaverse: “Apa-apa perkembangan daripada isu tersebut pasti membawa isyarat positif berkaitan permainan blockchain.”

Khabar baik ini mengundang pergerakan positif token natif Axie Infinity (AXS), melonjak lebih 3% dalam 24 jam dengan nilai semasa artikel ini ditulis, $122.29.

AXS perlukan lonjakan lebih 19% untuk mencapai semula paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $155.08 yang direkod pada 4 Oktober.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat