Firma Kripto Musnah, Programmer Tersilap Masukkan Coding Salah!

433

Disebabkan Masuk Arahan Salah, Musnah Seluruh Syarikat

Platform kewangan terdesentralisasi OptiFi mengalami hari yang parah selepas seorang kakitangan iaitu pembangun kripto (crypto developer) secara tidak sengaja melakukan kesalahan pengekodan (coding) yang mengakibatkan seluruh platform blockchain Solana ditutup, sekali gus menghapuskan $661,000 dolar stablecoin USDC.

Melalui catatan blog OptiFi, pihaknya memohon maaf atas insiden yang membawa kepada penutupan serta-merta program utama OptiFi dan akan menghalang perkara tidak diingini seperti itu daripada berlaku lagi.

Oleh demikian, syarikat tersebut memaklumkan akan memberi pampasan kepada semua dana pengguna yang telah ditimpa dalam insiden malang itu, malah pengguna platform OptiFi turut diminta untuk melawat server Discord syarikat bagi mendapatkan nasihat lanjut atau mengemukakan sebarang soalan.

Dapat dijelaskan, menjalankan transaksi kewangan tanpa sebarang pihak berkuasa perantara akan mempunyai pendedahan risiko yang lebih tinggi.

Namun OptiFi menyatakan bahawa seorang pemajunya hanya cuba untuk mengemas kini program tersebut pada blockchain Solana tetapi menyebabkan penutupan keseluruhan syarikat yang mengakibatkan lebih daripada setengah juta dolar USDC tidak boleh dipulihkan.

Rentetan itu, OptiFi segera mencari topik berkaitan yang ingin diketahuinya di discord Solana, namun jawapannya menunjukkan bahawa syarikat tersebut tidak dapat menggunakan semula programnya ke ID program sebelumnya.

Jelaslah disini, programmer kripto itu telah memusnahkan seluruh syarikatnya hanya kerana memasukkan command yang salah dan kini OptiFi perlu membuat keputusan sendiri untuk memperbaiki kesalahan yang dilakukannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat