Firma UK Perlu Pandangan yang Lebih Jelas Tentang Perancangan ‘Brexit’ Kerajaan UK

56

Gabenor Carney hari ini mengatakan syarikat-syarikat di Britain memerlukan penglihatan yang lebih jelas tentang bagaimana Britain akan meninggalkan Kesatuan Eropah. Hal ini sememangnya penting, untuk perniagaan di UK membuat perancangan selanjutnya untuk terus berdaya saing dalam ketidaktentuan pasaran selepas Brexit.

Kata Gabenor Carney lagi, “Kita lebih mengutamakan supaya firma-firma mengetahui lebih banyak tentang keluarnya UK dari Kesatuan Eropah, apakah perhubungan yang akan ada selepas ini sebanyak yang mungkin dan secepat yang mungkin kepada potensi pengakhiran itu.”

Perdana Menteri Theresa May telah mengatakan tidak akan memberikan komen tentang perancangan kerajaan untuk Brexit kerana akan menampakkan kelemahan pihak Britain.

Tambah Gabenor Carney lagi, “Dengan mempunyai pandangan yang lebih jelas akan membantu dalam transisi yang lebih lancar kepada Brexit”. Carney berkata sedemikian dalam laporan terbaru Bank of England kepada kestabilan kewangan.

Beliau juga mengatakan turut merasai kesukaran terhadap tindakan yang dihadapi oleh kerajaan British dalam menyediakan negara ini sebelum keluar dari Kesatuan Eropah.

Carney telah dikritik oleh sebahagian penyokong-penyokong Brexit tentang komennya baru-baru ini tentang impak undian untuk meninggalkan blok Kesatuan Eropah dan keperluan untuk tempoh transisi bagi melancarkan perhubungan yang baru antara Britain dan EU.

Tiga Bank Utama Ini Gagal Melepasi Ujian Tekanan Institusi Perbankan di UK!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat