Bank Pusat Persekutuan Rusia (CBR) dan Institusi Kewangan baru-baru ini telah mengambil bahagian dalam menguji CBDC mereka. Percubaan itu dilaksanakan selepas prototaip platform ruble digital selesai pada Disember, 2021.
12 bank telah memohon untuk menyertai kumpulan perintis bagi projek itu dan tiga daripadanya telah menyambungkan sistem mereka ke platform CBDC. Dua daripada bank itu telah berjaya menyelesaikan kitaran penuh pemindahan ruble digital antara pelanggan menggunakan aplikasi perbankan mudah alih, jelas pengawal selia.
Pengguna dapat membuka dompet ruble digital melalui aplikasi dan menukar wang fiat dari akaun bank mereka untuk CBDC dan juga memindahkannya antara mereka.
CBDC atau dikenali sebagai Ruble Digital adalah berdasarkan model dua peringkat. Bank of Russia ialah pengeluar dan pengendali platform manakala pelanggan akhir mengaksesnya melalui pengantara. Mereka akan dapat membuat dompet dan menjalankan transaksi melalui aplikasi mudah alih mana-mana bank.
Sistem ini juga akan mengurangkan kos transaksi untuk syarikat dan membolehkan mereka menawarkan produk dan perkhidmatan baharu. Kerajaan akan mempunyai alat untuk pembayaran yang disasarkan dan pengurusan perbelanjaan bajet.
CBR telah membangunkan mata wang digitalnya selari dengan perbincangan berterusan tentang masa depan mata wang kripto di Rusia. Pihak berkuasa monetari telah menentang sekeras-kerasnya dan mencadangkan larangan menyeluruh terhadap operasi berkaitan kripto pada bulan Januari.
Walaubagaimanpun hal ini ditentang oleh kementerian dalam kerajaan yang cenderung untuk membenarkan mata wang kripto. Kerajaan persekutuan dan kementerian kewangan, menyokong peraturan dilaksanakan, sebagai pendekatan yang lebih sesuai berbanding larangan sepenuhnya.