Fuh!Bank Pusat India Nak Lancarkan Kripto CBDC Tahun Hadapan?

396

Reserve Bank of India (RBI) atau bank pusat India pada hari ini telah mengeluarkan ramalan pelancaran percubaan CBDC mereka selewat-lewatnya pada suku pertama tahun hadapan. Berdasarkan komentar pegawai kanan bank pusat di State Bank of India’s Banking and Economic Conclave, RBI yakin untuk meneruskan program percubaan CBDC menjelang suku pertama 2022.

Walaubagaimanapun, disebalik kegembiraan untuk mula mengadaptasi teknologi blockchain dalam ekonomi nyata, beliau menegaskan bahawa proses itu rumit dan mengambil jangka masa yang agak lama untuk menerapkan CBDC secara meluas. Dalam masa yang sama, walaupun terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan pihak berkuasa namun ulasan gabenor RBI pada awal tahun ini cenderung mempertimbangkan penggunaan CBDC dan menyokong pelancaran fasa percubaan seawal Disember 2021. Waima ulasan yang lalu, laporan terkini memberikan gambaran lebih jelas bahawa ia akan ditunda pada tahun hadapan.

Pengurus atasan di Jabatan Pembayaran & Penyelesaian RBI, P. Vasudevan menyatakan bahawa sekurang-kurang CBDC fasa percubaan akan dilaksanakan pada suku pertama tahun hadapan. ” Justeru kami sedang meneliti pelbagai isu dan perkembangan yang berkaitan CBDC. Dalam masa yang sama, bank pusat juga sedang mempertimbangkan bahawa ia harus begerak dalam sistem terpusat atau separa terpusat.”

Komuniti pasaran kripto masih lagi berbelah bahagi dengan perkembangan yang datang dari India. Hal ini kerana terdapat bukti lepas bahawa India sering kali mengenakan sekatan terhadap aset kripto. Maka timbul persoalan adakah masa hadapan kripto akan semakin gelap dengan kemajuan CBDC?

Sebahagian berpandangan proses mengintegrasikan CBDC ini akan menimbulkan kekacauan dalam mereka yang bergelut dalam industri kripto kerana pihak berkuasa akan memantau dengan teliti. Menurut beberapa laporan dalaman, kerajaan India sedang berusaha untuk mengawal selia aset kripto sebagai kelas aset dan menghalang penggunaannya dalam sektor pembayaran

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat