Fundamental VS Teknikal

1,640

Soalan yang biasa yang akan muncul, yang mana satu lebih baik untuk menganalisa pasaran?

# Perbezaan kedua-dua jenis analisa

Teknikal Analisis Fundamental Analisis
1) Fokus pada carta dan tindakan harga (price action) sebelumnya 1) Fokus pada data ekonomi yang mengerakkan pasaran
2) Kebiasaanya traders akan bergantung pada indikator atau tools (alat) 2) Trade kebiasaanya akan mengikut ulasan dan data-data ekonomi
3) Trader kebiasaanya akan meramalkan pergerakan harga menggunakan price action sebelumnya 3) Percaya bahawa sentimen mengerakkan pasaran

 

# Dua sebab utama sebagai rujukan

  • Teknikal analisis dapat membantu kita untuk melihat apa yang sedang berlaku. Jadi traders akan mencari setup-setup untuk beli atau jual menggunakan teknik yang di kuasai berdasarkan harga semasa.
  • Fundamental pula dapat membantu traders untuk menjangkakan pergerakan harga pasaran berdasarkan data ekonomi yang sudah di keluarkan. Jangkaan analisa ini lebih tertumpu kepada pergerakan jangka panjang.

# Boleh atau tidak kedua-dua di gabungkan?

Jawapannya YA. Kedua-dua teknik ini perlu di kuasai oleh setiap traders, kerana tidak mungkin seseorang forex traders akan berjaya jika hanya menguasai salah satu daripadanya.

# Bagaimana nak gabungkan?

  • Kuatkan asas fundamental untuk sentiasa peka dengan sentimen dan keadaan ekonomi semasa. Anda boleh dapatkan  BUKU ANALISIS FUNDAMENTAL untuk mendalami ilmu ini. Ingat, apa sahaja yang berlaku baik dari sudut politik atau ekonomi, kedua-duanya memberi kesan terhadap pergerakan harga. Jika kita dapat kuasai ilmu ini, kita pasti dapat fahami dan menjangkakan dengan mudah pergerakan harga akan datang.
  • Hebat dalam fundamental, tapi lemah dalam teknikal menyebabkan traders tidak tahu bagaimana hendak mengira risiko yang di ambil. Oleh itu, cari teknik yang boleh bantu anda mencari peluang entry dan pastikan entry anda tidak berlawanan dengan analisa fundamental yang di lakukan.

# Kesimpulan

Jika Fundamental + Teknikal, anda pasti akan lebih yakin dengan trade yang anda lakukan. Ingat setiap pelaburan ada risiko, bagaimana anda mengawalnya merupakan kunci kejayaan anda dalam industri forex.

 

Jangan lupa LIKE dan SHARE. Moga profit selalu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat