Gagal Bayar Hutang, 1MDB Minta Tempoh Bayaran Dilanjutkan

136

Reuters melaporkan, Abu Dhabi memberikan tempoh kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga 31 Ogos untuk membuat pembayaran hutang berjumlah $603 juta (sekitar RM2.56 billion) yang sepatutnya dibayar pada 31 Julai, kata sumber yang berpangkalan di Abu Dhabi.

1MDB adalah milik penuh Kemeterian Kewangan Malaysia, manakala IPIC pula milik kerajaan Abu Dhabi.

Di bawah perjanjian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) pada April, 1MDB bersetuju untuk membayar $1.2 billion dengan dua kali pembayaran kepada IPIC di mana pembayaran pertama sebanyak $600 juta sepatutnya dibayar pada 31 Julai lepas.

Namun, 1MDB gagal membuktikan komitmen mereka seperti dalam perjanjian yang dipersetujui sebelum ini. Pada 24 April lalu, 1MDB  telah mencapai persetujuan dengan IPIC untuk membayar  $603 juta sebelum 31 Julai. Ia bagaimanapun gagal mematuhi tarikh akhir tersebut dan kini diberi lanjutan sehingga 31 Ogos bagi melunaskan sebahagian daripada hutang itu.

Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Mohamad Irwan Serigar dilaporkan telah berkata kepada agensi berita Bernama bahawa 1MDB sedang dalam rundingan bagi perlanjutan tempoh pembayaran hutang tersebut.

 

BNM: Pengenalan Dagangan Ringgit di Singapura Bertentangan Dengan Peraturan Malaysia

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat