Gagal Lepasi Halangan Ketinggian Minggu Lalu, USD/JPY Bakal Menjunam?

1,000

Matawang safe-haven Yen kekal bergerak lemah dalam pasaran gagal memanfaatkan dagangan dalam suasana pasaran yang berisiko ekoran ekonomi Jepun turut terkesan oleh penularan wabak COVID-19.

Berbanding US dolar, dagangan Yen lebih mendatar dengan kedua-dua matawang diniagakan lemah dalam pasaran dan dapat dilihat pergerakan sideway harga pada carta USD/JPY.

Selepas siri kenaikan harga selama 2 minggu, harga telah mencapai paras ketinggian 111.500 pada Jumaat lalu dan paras tersebut turut diuji pada awal dagangan minggu ini.

Dagangan semalam menyaksikan harga bergerak turun menguji zon RBS (resistance become support) di bawah paras 110.000 sebelum kenaikan harga kembali menguji resistance 111.500 pada sesi New York.

Bersambung pada dagangan hari ini, harga kembali membuat penurunan hampir menyentuh semula paras 110.00 dan pergerakan harga mendatar sehingga bersambung pada sesi pasaran Eropah.

Harga dilihat menguji paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga namun dilihat bergelut untuk meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Jika harga kembali membuat penurunan, zon RBS 110.00 bakal ditembusi harga sebelum turun menuju zon RBS lebih rendah pada 108.300 dan seterusnya di bawah paras 107.400.

Namun jika US dolar berjaya bergerak lebih kukuh berbanding Yen pada sesi berikutnya, harga berkemungkinan membuat kenaikan menguji paras resistance 111.500.

Kenaikan yang berjaya melepasi paras tersebut akan menguji pula resistance 112.200 yang diuji harga pada dagangan Februari lalu.

Pasaran akan memberi tumpuan terhadap data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat untuk Mac yang akan diterbitkan pada sesi New York nanti.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat