Gagal Lepasi Rintangan $1.1100, GBP/USD Cenderung Untuk Sambung Corak ‘Bearish’

201

Pound Sterling meneruskan prestasi suram bersambung pada pembukaan dagangan awal minggu ini.

Tumpuan masih terarah pada pelaksanaan pelonggaran kuantitatif (QE) sementara oleh Bank of England (BOE) dengan pembelian bon kerajaan berjumlah £10 bilion setiap hari dalam usaha untuk mengimbangi risiko kemelesetan ekonomi selepas mengumumkan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat polisi yang lalu.

Sementera itu, pelabur memulakan dagangan awal minggu ini dengan sentimen pasaran yang berisiko susulan laporan kehangatan perang Rusia-Ukraine yang tercetus kembali dengan kedua-duanya saling berbalas letupan.

US dolar yang memiliki kelebihan dalam suasana pasaran yang berisiko dijangka akan meningkatkan dominasi ke atas mata wang Pound minggu ini.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga telah memaparkan corak penurunan sejak minggu lalu dengan isyarat bearish pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut bersambung hingga awal minggu ini.

Harga dilihat bergerak lebih mendatar pada Isnin semalam dengan paras 1.11000 menjadi rintangan buat harga dan paras terendah harian dicecah semalam sekitar 1.10200.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi Selasa ini, harga sedikit meningkat dan dilihat menguji rintangan pada 1.11000 dan juga paras halangan MA50.

Namun, harga kembali berundur semula dari zon tersebut dan menunjukkan tanda-tanda untuk menyambung corak penurunan.

Jangkaan bagi penurunan selanjutnya harga jika diteruskan hari ini bakal menuju ke sekitar 1.09000 untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lanjut harga akan mencetus semula jangkaan untuk harga menuju sehingga ke zon support 1.04000 yang merupakan rekod zon terendah harga sepanjang masa.

Sekiranya berlaku lonjakan semula harga melepasi rintangan 1.1100 dan halangan MA50, pelabur bakal menilai sebagai isyarat awal bagi perubahan arah bagi pergerakan harga semasa.

Bagi jangkaan untuk corak kenaikan harga semula, rintangan awal pada 1.12000 akan diuji sebelum kenaikan diteruskan menuju pula sekitar 1.13000.

Kenaikan lebih tinggi berpotensi mencapai semula zon rintangan minggu lalu pada 1.15000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat