Gara-Gara Insiden Ronin Network, Axie Infinity Akur Pelancaran ‘Origin’ Menjadi Lambat

187

Penggodaman di Ronin Network yang berlaku pada minggu lepas menyebabkan kemaskini permainan berasaskan non-fungible token (NFT) ditangguhkan kepada tarikh baharu.

Tarikh kemaskini Axie Infinity: Origin sepatutnya berlaku pada 31 Mac.

Tetapi penggodaman yang menyebabkan rangkaian itu kerugian $625 juta memaksa tarikhnya ditukar kepada seminggu kemudiannya iaitu pada 7 April 2022.

Pembangun permainan ini, Sky Mavis berharap dengan tempoh masa yang diberi, pihak Ronin Network dapat menyiasat isu tersebut secara menyeluruh, sekaligus menyokong baik pelancaran Origin.

Difahamkan setakat pada 31 Mac 2022, pasukan Ronin Network telah menggantikan kesemua pengesah Sky Mavis kepada yang baharu dengan harapan sekuriti rangkaian dapat diperkukuhkan lagi.

Manakala pada hari ini, Binance telah mengumumkan pengeluaran untuk aset AXS dan Small Love Potion (SLP) telah diaktifkan semula.

Namun pengeluaran aset Wrapped Ether (WETH) di rangkaian Ethereum, dan fungsi penukaran token WETH kepada ETH masih lagi tidak dibenarkan.

Sebagai rekod, sekatan pengeluaran yang dilaksanakan oleh Binance ini telah bermula sejak hari pertama pemberitahuan mengenai penggodaman Ronin Network.

Insiden tersebut menjadi sejarah kerana penggodaman yang berlaku menjangkaui kes Poly Network yang cuma menyaksikan kerugian bernilai RM2.5 bilion.

Ketika penulisan, AXS mencatatkan nilai dagangan $65.90 dengan penyusutan hampir 1% dalam 24 jam.

Manakala token natif Ronin Network; RON mencatatkan peningkatan 3.5% dengan nilai semasa $1.84 seunit.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat