GBP/JPY Akan Turun Rendah Lagi Ke Menjelang Mesyuarat Dasar BOE?

558

Matawang Pound Britain didagangkan berhati-hati hari ini menjelang mesyuarat dasar monetari bank pusat England pada jam 8 malam nanti.

Selepas bacaan data ekonomi UK sebelum ini mencatatkan bacaan yang baik, pelabur mula berteka-teki keputusan penetapan kadar faedah oleh Bank of England (BOE) untuk mesyuarat dasar pertama tahun ini selepas jangkaan penurunan kadar telah menurun dari 70% sebelum ini.

Tidak lupa juga kebimbangan Brexit oleh pasaran di mana Britain akan berundur dari Kesatuan Eropah penghujung Januari.

Pergerakan perlahan harga dapat dilihat pada carta pasangan matawang GBP/JPY dengan dagangan berisiko matawang Pound di samping ditekan oleh safe-haven Yen.

Matawang Yen mendapat permintaan sebelum ini ekoran ancaman Coronavirus yang bertambah buruk dengan jumlah angka korban kini dicatatkan telah meningkat kepada 169 kematian sementara 7,711 kes dilaporkan oleh China.

Namun tekanan oleh Yen agak lemah selepas aset safe-haven mula menunjukkan penyusutan sejak semalam.

Dagangan GBP/JPY yang bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) semalam mencatatkan paras terendah harian pada 141.700 namun kembali membuat kenaikan semula.

Kenaikan harga walau bagaimanapun gagal bergerak lebih tinggi dari MA50 sebelum kembali bergerak di bawah paras tersebut bersambung pada dagangan hari ini.

Dagangan pada sesi Asia melihatkan harga masih menunjukkan penurunan namun pergerakan harga agak perlahan menguji zon support 141.700.

Penurunan harga yang berjaya melepasi support tersebut bakal menuju ke paras 141.200 yang merupakan zon support pada Januari dan juga Disember 2019.

Jika harga membuat kenaikan, zon SBR (support become resistance) pada 142.600 akan diuji sebelum harga meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Keputusan mesyuarat BOE malam ini dipercayai akan menentukan arah tuju harga yang lebih jelas.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat