GBP/JPY Terus Terbang Mencakar Langit, Dasar Lemah Yen!

661

Matawang Pound kekal dengan ‘taringnya’ dalam mempamer penguasaan untuk memacu harga GBP/JPY terus meningkat di saat matawang Yen masih lagi terperosok di paras terendah sejak April 2019.

Seperti sedia maklum, Pound terus mencatat pengukuhan dek kerana kenyataan yang dinyatakan oleh Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey mengenai langkah untuk menaikkan kadar faedah.

Pergerakan harga pada carta GBP/JPY dilihat telah pun mencanak sekitar 200 pips pada penghujung minggu lalu dan setakat dagangan Oktober sahaja, harga sudah pamer lonjakan melebihi 800 pips.

Yang mana peningkatan harga yang dicatatkan juga telah memecahkan tembok paling ‘kebal’ pada sebelum ini di paras 156.000 untuk membuat paras ketinggian terbaharu bagi 5 tahun sejak Jun 2016.

Trend pergerakan harga tampaknya kekal bullish susulan harga masih didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam meskipun harga sedikit susut pada sesi dagangan hari ini (Isnin).

Corak kenaikan yang lebih drastik berkemungkinan akan memacu harga menuju ke zon rintangan awal yang selanjutnya pada paras 158.000 pula yang mana zon tersebut pernah diuji pada sebelum ini.

Manakala jika pergerakan harga terus cemerlang merekodkan trend kenaikan yang lebih tinggi akan menyaksikan harga menguji paras 160.000 dan seterusnya akan mencatat paras tertinggi terbaharu lagi.

Sekiranya harga kembali pamer penyusutan, zon rintangan yang sebelum ini bertukar menjadi zon RBS (resistance become support) 156.000 akan diuji untuk membuat HL (higher low) yang terbaharu.

Penurunan harga yang lebih rendah dijangka akan mencecah zon RBS selanjutnya pada 155.000 dan akan memberi petunjuk kepada pelabur untuk pergerakan harga membuat perubahan trend.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat