GBP/JPY Uji Paras Support Pada 138.500 Untuk Teruskan Penurunan Lebih Rendah

654

Jika diperhatikan pada pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/JPY semalam harga telah kembali menunjukkan penurunan setelah kenaikan menguji paras ketinggian pada resistance 139.500.

Walaupun ada yang berpendapat Pound akan kembali mengukuh selepas jawatan Theresa May sebagai Perdana Menteri Britain digantikan, namun sentimen bagi matawang British tersebut masih kekal berisiko dalam pasaran semasa.

Theresa May telah mengumumkan peletakan jawatan beliau pada Jumaat lalu dan akan berkuatkuasa pada 7 Jun ini berikutan kegagalan berterusan beliau dalam mendapatkan sokongan terhadap pelan perjanjian Brexit.

Berbanding Yen, GBP terus didagangkan lemah dengan pergerakan menurun harga pada chart GBP/JPY. Harga yang cuba membuat kenaikan menguji paras 139.500 yang berada pada zon SBR (support become resistance) kemudiannya kembali membuat penurunan semula ke paras lebih rendah dari Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pergerakan harga kemudiannya mendatar sehingga bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini. Dagangan hari ini juga dilihat berlegar di bawah paras Magic Pivot 139.023 hari ini dan menguji paras tersebut beberapa kali.

Harga menunjukkan penurunan dan bakal menguji zon support 138.500 yang merupakan paras terendah yang dicapai harga sejak dagangan Januari yang lalu.

Jika harga berjaya breakout zon support tersebut, harga bakal meneruskan pencarian paras terendah yang terbaru berkemungkinan mampu membuat penurunan ke paras sekitar support pada 137.450 (MagicS3) dengan mencatatkan sekitar 110 pips penurunan harga.

Namun jika paras support tersebut gagal ditembusi, harga berkemungkinan akan pantul membuat kenaikan semula dan kembali menguji paras tumpuan pada zon SBR iaitu pada 139.500 yang diuji semalam.

Jika harga berjaya menembusi zon SBR tersebut, harga berpotensi meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju ke paras sekitar resistance pada 140.342 (MagicR3).

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 138.414, 138.059, 137.450.

Paras resistance: 139.023, 139.987, 140.342.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat