GBP/USD Beri Petanda Kejatuhan Lebih Rendah Walaupun Masih Mendatar Di Atas $1.30500

241

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam, situasi yang sama seperti pada dagangan Rabu lalu apabila cubaan kenaikan harga kekal terhalang di paras 1.31000.

Walaupun pergerakan harga masih di atas paras 1.30500 untuk 2 hari berturut-turut, namun penganalisis pasaran cenderung melihat penurunan harga bakal berlaku menantikan pengukuhan lebih ketara oleh US dolar.

Minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan pada awal pagi semalam meningkatkan keyakinan pelabur terhadap dasar pengetatan oleh Federal Reserve (Fed) selepas kenaikan kadar faedah pertama dilakukan pada mesyuarat baru-baru ini, sejak 2018.

Namun pelabur tidak menolak jangkaan untuk Pound juga mengukuh, berikutan Bank of England (BOE) turut berada pada landasan yang sama seperti Fed.

Faktor-faktor tambahan dalam pasaran semasa akan memainkan peranan dalam menentukan arah pergerakan bagi kedua-dua mata wang tumpuan ini.

Isyarat trend bearish masih dilihat pada carta GBP/USD dengan cubaan kenaikan harga semalam kekal dihalang oleh paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Dengan paras 1.31000 kekal menjadi rintangan buat pergerakan semasa, penurunan lebih rendah dijangkakan untuk menuju zon support pada 1.3000.

Jika zon support yang menyokong dagangan pada Mac lalu turut berjaya harga tembusi, penurunan selanjutnya boleh mencecah ke paras sekitar 1.29000.

Sebaliknya jika harga melonjak di atas paras MA50 dan melepasi rintangan 1.31000, zon SBR (support become resistance) pada 1.31700-1.32000 sedang menanti untuk diuji sekali lagi.

Melepasi zon penting tersebut akan mendorong kenaikan lebih tinggi harga untuk menuju pula ke zon rintangan pada ketinggian 1.33000 sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat