GBP/USD Catat Pergerakan Kenaikan Harian Melebihi 400 Pips!

1,301

Matawang US dolar kekal mengesahkan tempat sebagai matawang paling terburuk prestasi dagangan pada minggu ini berikutan keyakinan para pelabur yang masih suram terhadap ekonomi Amerika Syarikat yang kini sedang terjejas teruk dilanda penularan wabak pandemik COVID-19.

Membimbangkan apabila kes jangkitan baru di Amerika Syarikat semalam melonjak sehingga lebih 17,000 dengan menjadi negara paling tertinggi kes mengatasi China dan Itali.

Selain pelabur menantikan keputusan debat Dewan Rakyat AS untuk pakej rangsangan bernilai $2 trilion USD, data tuntutan pengangguran AS untuk minggu lalu melonjak sehingga 3.28 juta jauh berganda berbanding jangkaan 1.5 juta oleh pasaran.

Pound Sterling antara yang ketara mencatatkan pengukuhan berbanding US dolar pada dagangan semalam dengan peningkatan sekitar 2.8%.

Pada carta harga bagi pasangan matawang GBP/USD, harga kekal meneruskan kenaikan sepanjang minggu dengan kenaikan harian semalam merekodkan lebih 400 pips ke paras lebih tinggi.

Harga yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) yang menunjukkan trend bullish harga melihatkan harga mencapai paras harian tertinggi sekitar 1.22200 pada penghujung sesi dagangan New York.

Paras tersebut juga dilihat sebagai zon SBR (support become resistance) pada carta GBP/USD dan dagangan pada sesi Asia hari ini melihatkan harga bergerak perlahan di bawah zon tersebut sekitar 1.2200.

Jika US dolar berterusan bergerak lemah, harga dijangka akan meneruskan kenaikan lebih tinggi dan mampu mencapai paras ketinggian pada 1.2500 yang juga merupakan paras SBR tumpuan harga sebelum ini.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, zon RBS (resistance become support) pada 1.2000 akan diuji sebelum harga membuat kenaikan semula.

Jika penurunan lebih rendah diteruskan melepasi paras sokongan MA50, zon support serendah 1.14500 yang diuji pada minggu sebelum ini akan menjadi destinasi yang dituju harga.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat