GBP/USD Diunjur Pamer Corak Pergerakan Bearish Minggu Ini

688

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan penurunan pada penghujung minggu menutup dagangan ke paras terendah pada minggu lalu.

Situasi tersebut didorong oleh pengukuhan US dolar selepas bacaan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada bulan Julai adalah lebih kukuh berbanding jangkaan.

Pelabur kekal berhati-hati untuk dagangan Pound ekoran momentum pengukuhan gagal dikekalkan selepas disokong oleh kenyataan hawkish oleh bank pusat England untuk isyarat pengetatan dasar.

Pergerakan mendatar harga pada minggu lalu juga dilihat telah mengakhiri corak bullish harga pada minggu-minggu sebelumnya, dan pada minggu ini pula berkemungkinan pelabur akan melihat corak penurunan harga dengan pengukuhan US dolar yang bakal berterusan.

Selepas penurunan harga di penghujung minggu pada carta GBP/USD mencecah paras sekitar 1.38600, harga dilihat menunjukkan sedikit peningkatan di awal sesi Eropah pada Isnin, untuk menguji zon harga 1.39000.

Harga dijangka akan menyambung penurunan lebih rendah menuju zon RBS (resistance become support) 1.38000 sekiranya Pound gagal membendung dominasi US dolar pada minggu ini.

Penurunan lebih rendah yang kekal diteruskan boleh menuju semula ke zon tumpuan pada 1.37000 sebelum ke zon support di paras 1.36000.

Namun jika harga pamerkan semula corak kenaikan harga melepasi halangan pada 1.39000, zon rintangan pada 1.40000 kekal menjadi sasaran yang perlu diuji.

Dagangan pada minggu sebelum ini juga masih gagal mencapai ke zon 1.40000 selepas turut diuji pada dagangan Jun yang lalu.

Selain data inflasi AS, pelabur juga akan menantikan terbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK untuk suku kedua yang bakal memacu pergerakan Pound pada minggu ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat