GBP/USD Gagal Teruskan Lonjakan, Terbantut Pada Zon Halangan $1.2200

341

US dolar masih lagi gagal untuk mengukuh berbanding mata wang utama yang lain menuju ke penghujung minggu selepas Fed membuat kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat FOMC pagi Khamis semalam.

Menambah kemerosotan prestasi US dolar apabila terbitan data keluaran dalam negara kasar (GDP) Amerika Syarikat (AS) mencatatkan penguncupan untuk angka bacaan bagi suku tahun kedua.

Data KDNK catat penurunan ke paras -0.9% meleset berbanding jangkaan untuk meningkat kepada 0.4% yang menyusuli penguncupan pada suku pertama -1.6%. Secara teknikal, situasi penguncupan untuk dua suku berturut-turut ini menjadi isyarat kemelesetan ekonomi AS.

Sementara itu, selepas mesyaurat FOMC tumpuan pelabur akan beralih pula pada mesyuarat polisi Bank Of England (BOE) minggu hadapan untuk edisi Ogos dengan jangkaan peningkatan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Mata wang Pound dilihat memaparkan pergerakan suram sepanjang minggu ini, namun masih bergerak lebih baik berbanding US dolar yang tidak menentu sehingga penghujung minggu. Situasi mungkin boleh berubah pada minggu berikutnya.

Perhatikan pergerakan harga bagi pasangan mata wang GBP/USD, harga pada dagangan Asia semalam bergerak lebih perlahan di bawah zon rintangan 1.22000, gagal untuk menyambung lonjakan sebelumnya ketika reaksi mesyuarat FOMC.

Dan dipertengahan sesi Eropah pula, harga membuat penerjunan sekitar 90 pips.

Namun harga yang susut hampir menyentuh paras 1.21000 kembali melantun semula pada dagangan yang bersambung ke sesi New York menuju semula ke zon 1.22000.

Pergerakan harga mendatar di sekitar paras 1.21700 pada Asia pagi ini (Jumaat) setelah penutupan dagangan sesi sebelumnya di sekitar tersebut dengan jangkaan untuk harga meneruskan lagi kenaikan sebelum tirai dagangan minggu ini berlabuh.

Untuk jangkaan kenaikan lebih tinggi yang bakal diteruskan, zon halangan 1.22000 bakal ditembusi untuk harga mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu dengan sasaran untuk peningkatan seterusnya adalah menuju zon ketinggian 1.23000.

Sebaliknya, jika harga menyusut dan menunjukkan isyarat berlakunya perubahan trend bearish semula selepas ini, harga bakal menguji semula paras sokongan 1.21000 dahulu sebelum memaparkan corak penurunan yang lebih jelas.

Seterusnya, penurunan yang lebih lanjut harga bakal menuju pula ke paras 1.2000 sebelum meneruskan penyusutan yang lebih rendah ke paras tumpuan sekitar 1.19400.

Lihat pada gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat