GBP/USD Junam Semula 100 Pips Menjelang Mesyuarat BOE

162

US dolar kembali mengukuh pada dagangan Selasa semalam disebabkan oleh lawatan oleh wakil (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan yang mencetuskan ketegangan antara China-AS semula dan memberi kelebihan pada dagangan safe-haven dalam sentimen pasaran yang berisiko.

Pelosi berkata kunjungannya menunjukkan sokongan Amerika terhadap Taiwan, tetapi China mengecam lawatan peringkat tertinggi AS dalam tempoh 25 tahun tersebut sebagai ancaman kepada keamanan dan kestabilan mereka.

Sementara, Presiden Federal Reserve (Fed) San Francisco Mary Daly dan Presiden Fed Chicago Charles Evans memberikan isyarat bahawa mereka bersama rakan kekal tegas dan bersatu sepenuhnya untuk meningkatkan kadar sehingga tahap yang terbaik untuk ekonomi.

Selain daripada itu pelabur juga menantikan laporan pekerjaan NFP AS yang bakal diterbitkan pada penghujung minggu dengan jangkaan pertambahan pekerjaan untuk bulan Julai diramalkan lebih rendah berbanding Jun.

Pergerakan mata wang Pound yang suram pada minggu lalu bakal dihangatkan dengan keputusan mesyuarat Bank Of England (BOE) pada minggu ini dengan jangkaan berlakunya kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas.

Pergerakan harga bagi pasangan mata wang GBP/USD pada sesi Asia semalam (Selasa) menyaksikan harga membuat kenaikan terlebih dahulu sebelum menunjukkan penurunan harian sekitar 100 pips mencetuskan jangkaan untuk perubahan trend harga.

Menambah isyarat untuk perubahan trend bearish, harga menyusut melepasi paras sokongan Moving Average (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD dan menutup dagangan sesi New York sekitar 1.21600.

Sedikit penurunan dilihat berlaku pada dagangan yang bersambung di awal sesi Asia pagi ini (Rabu), namun menunjukkan kenaikan semula menuju ke paras 1.22000 di penghujung sesi namun menunjukkan tanda-tanda penurunan semula menuju pembukaan sesi Eropah.

Jika berlakunya penyusutan harga yang berterusan, harga bakal menguji semula zon RBS (resistance become support) pada 1.21000 bersambung pada sesi-sesi seterusnya untuk corak bearish harga yang lebih jelas.

Penurunan yang diteruskan seterusnya dilihat akan menuju pula ke paras 1.2000 yang menjadi tumpuan pada dagangan minggu lalu.

Sebaliknya jika harga membuat kenaikan semula, paras halangan 1.22000 akan dilepasi dahulu sebelum kenaikan lebih tinggi akan kembali menuju zon rintangan pada ketinggian 1.230000 yang gagal dilepasi pada kenaikan awal minggu.

Untuk sasaran kenaikan yang lebih tinggi, zon ketinggian pada 1.24000 bakal menjadi sasaran untuk harga mencatatkan paras ketinggian terbaru 7 minggu.

Lihat pada gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat