GBP/USD Lonjak 140 Pips Pada Penutupan Minggu Lalu

208

Selepas terbitan data pembuatan dan perkhidmatan (PMI) Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York penghujung minggu lalu yang menyusut di bawah paras penguncupan, US dolar menutup dagangan untuk sesi terakhir tersebut dengan penyusutan nilai yang ketara di samping jangkaan berlaku aktiviti profit taking oleh para pelabur.

Tambahan, penyusutan hasil bon 10 tahun kerajaaan AS ke paras sekitar 2.73% turut menambah tekanan buat dagangan raja mata wang itu dalam pasaran sejak minggu lalu.

Tumpuan pelabur kini akan terarah kepada penetapan dasar oleh Federal Reserve (Fed) yang dijangkakan bakal membuat kenaikan 75 mata asas buat kali kedua berturut-turut pada mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.

Sementara, Pound pula dilihat masih bergerak suram sepanjang minggu lalu dengan terbitan data pembuatan dan perkhidmatan UK dan AS pada Jumaat lalu membuatkan pergerakan harga tidak menentu.

Pada sesi New York Jumaat lalu, Pound berjaya manfaatkan ruang untuk melonjak susulan penyusutan US dolar untuk menutup dagangan minggu lalu ke paras ketinggian terbaru 2 minggu.

Selain perkembangan  pilihan raya UK yang dipantau, pelabur juga akan berwaspada untuk pergerakan Pound minggu ini menjelang mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) pula pada minggu hadapan.

Memantau pergerakan harga bagi pasangan mata wang GBP/USD pada sesi dagangan penghujung minggu lalu, harga pada mulanya dilihat menyusut sekitar 80 pips di sesi Eropah sebelum lonjakan semula disaksikan pada sesi New York dengan kenaikan sekitar 140 pips ke paras ketinggian 1.20600.

Harga walau bagaimanapun susut semula di bawah paras 1.2000 pada penutupan penghujung sesi terakhir dagangan minggu tersebut.

Bersambung pada dagangan sesi Asia pembukaan awal minggu ini, harga dilihat kekal berlegar di bawah paras halangan 1.20000 dan menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Jika paras MA50 tersebut berjaya menyokong harga untuk melonjak semula dan melepasi paras 1.2000, harga berkemungkinan mampu mengatasi paras ketinggian dicapai minggu lalu dengan sasaran untuk kenaikan yang diteruskan seterusnya adalah pada 1.21000.

Selanjutnya, sasaran untuk pergerakan bullish yang diteruskan harga adalah pada zon 1.22000 pula untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu.

Sebaliknya, jika harga menunjukkan corak penurunan pada minggu ini, paras sokongan awal pada 1.19400 dijangka akan diuji terlebih dahulu sebelum memberikan isyarat perubahan trend bearish yang lebih jelas.

Seterusnya, harga dijangka menuju pula ke paras 1.18800 pada penurunan yang diteruskan sebelum sasaran utama harga adalah pada zon support 1.18000 untuk catatan paras terendah terbaru 2 minggu.

Lihat pada gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat