GBP/USD Melonjak 120 pips, Tapi Kena Jaga-Jaga!

609

Mata wang Eropah seperti Euro dan Pound kembali didagangkan meningkat selepas mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis telah menyebabkan penyusutan US dolar dalam pasaran.

Namun pelabur akan berhati-hati untuk dagangan Pound ekoran kenaikan yang dipamerkan berkemungkinan akan terbantut menjelang mesyuarat polisi bank pusat England pada hari ini.

Bank of England (BOE) dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah, namun kenyataan oleh Gabenor Andrew Bailey sebelum ini yang bersedia untuk meningkatkan pembelian bon memberi petunjuk pelonggaran polisi oleh bank pusat dan akan memberi kesan negatif terhadap nilai Pound semasa.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, penurunan harga dilihat pada sesi New York ke paras 1.38500 sebelum pelabur menyaksikan lonjakan ketara harga sehingga 120 pips ke paras 1.39700.

Namun pergerakan harga kembali perlahan pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini.

Kenaikan harga dijangka akan diteruskan untuk harga menguji pula paras rintangan 1.4000 yang masih gagal ditembusi sejak beberapa minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi akan tertumpu pada paras rintangan 1.41000 dan 1.42000 yang menjadi tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.

Namun, perlu berhati-hati untuk situasi penurunan semula harga jika pasaran memberi reaksi terhadap jangkaan kenyataan bernada dovish oleh BOE.

Penurunan harga akan disokong pada zon RBS (resistance become support) sekitar 1.38300 dan jika harga jatuh lebih rendah, zon support dilihat pada 1.37000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat