GBP/USD Meningkat Semula Hampir 200 Pips Dari Paras Terendah 2 Tahun

219

Seperti kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran, Pound Sterling juga menunjukkan pengukuhan nilainya di awal minggu berbanding US dolar.

Namun, peningkatan Pound dijangka terhad dengan tekanan oleh ketidaktentuan Brexit yang melibatkan protokol Ireland Utara yang masih belum mencapai kesepakatan.

Sementara itu juga, Gabenor bank pusat England (BOE), Andrew Bailey terus menzahirkan kegusarannya terhadap unjuran inflasi UK selepas memberi amaran terhadap risiko kemelesetan ekonomi pada mesyuarat polisi lalu.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat telah memaparkan corak kenaikan di awal minggu dan berjaya menembusi rintangan pada zon 1.22800.

Memberi petunjuk awal untuk perubahan trend bullish apabila harga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam selepas penurunan harga minggu lalu mencecah paras terendah terbaru 2 tahun ke sekitar 1.21600.

Kenaikan yang diteruskan sehingga bersambung di awal sesi Asia pagi ini (Selasa) telah mencapai ketinggian 1.23400, hampir 200 pips kenaikan dari paras terendah minggu lalu tersebut.

Jika kenaikan berjaya diteruskan, zon SBR (support become resistance) 1.2400 pula akan diuji selepas beberapa cubaan kenaikan minggu lalu gagal melepasi rintangan tersebut.

Untuk jangkaan kenaikan lebih tinggi selanjutnya akan mensasarkan kepada rintangan yang menjadi tumpuan sebelum ini sekitar zon 1.2600.

Namun jika harga mula menunjukkan penurunan semula untuk menyambung trend bearish sebelum ini, paras terendah yang dicecah minggu lalu akan dicabar untuk harga mencatatkan paras terendah terbaru.

Penurunan lanjut harga dijangkakan akan menuju ke zon support terbaru sekitar 1.2100 atau lebih rendah lagi sekiranya Pound terus melemah manakala US dolar kekal mendominasi.

Tumpuan pelabur pada hari ini akan terarah kepada laporan data pekerjaan UK yang akan diterbitkan pada sesi Eropah sementara data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) pula pada sesi New York.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat