GBP/USD Menjalar Di Zon $1.1800, Harga Nak Terpeleot Lagi?

138

Pergerakan pasaran dilihat sedikit suram sementara pelabur menantikan terbitan data keluaran dalam negara kasar (GDP) Amerika Syarikat (AS) dan acara tumpuan tahunan Simposium Jackson Hole di penghujung minggu.

Dijangkakan bacaan kedua bagi data pertumbuhan ekonomi AS itu sedikit baik berbanding bacaan pertama yang diterbitkan bulan lalu, namun ia masih lagi berada pada paras pengucupan dengan angka yang kekal pada paras negatif.

Pelabur juga bersiap sedia untuk ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada simposium Jackson Hole untuk panduan mengenai rancangan pengetatan bank pusat yang selanjutnya.

Mata wang Pound pula bergerak mendatar sepanjang minggu ini dengan ketiadaan data-data utama untuk memacu pergerakan harga sehingga ke penghujung minggu.

Memerhati pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat membuat lonjakan Selasa lalu dari paras terendah 1.17200 namun gagal untuk meneruskan kenaikan harga pada Rabu semalam yang lebih mempamerkan pergerakan mendatar.

Penurunan yang dipaparkan harga disokong oleh paras sokongan 1.17600 dengan paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam diteliti pelabur untuk petunjuk arah pergerakan harga selanjutnya.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, sedikit peningkatan harga dilihat melepasi semula paras halangan 1.18000 selepas bergerak di atas paras sokongan MA50 namun masih awal untuk menentukan arah lebih jelas buat harga.

Pergerakan harga berkemungkinan dipacu oleh terbitan data AS di sesi New York, sebelum petunjuk lebih jelas akan dinilai berdasarkan ucapan Jerome Powell pada esok hari.

Sekiranya harga berjaya mengekalkan peningkatan di atas paras 1.18000, paras rintangan pada 1.18800 bakal menjadi tumpuan untuk diuji semula sebelum meneruskan kenaikan ke paras rintangan seterusnya sekitar 1.19400.

Sebaliknya jika harga gagal meningkat malah menyusut semula di bawah zon 1.18000, pelabur akan menilai sebagai isyarat awal untuk harga menyambung semula pergerakan trend bearish sebelum ini selepas bergerak di bawah paras MA50.

Harga yang menyusut melepasi paras 1.17600 dan juga paras terendah dicecah Selasa lalu sekitar 1.17200, penganalisis menjangkakan harga boleh mencecah ke paras sokongan terbaru pada 1.16000 sekaligus merekodkan paras terendah terbaru 2 tahun.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat