GBP/USD Parah Menjunam Semula 120 Pips!

542

Corak kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah dirombak semula selepas harga mula berikan isyarat untuk penurunan lebih rendah.

Pengukuhan semula US dolar dalam pasaran dilihat telah mengurangkan keuntungan diraih pada awal minggu dengan penurunan harian semalam dicatatkan sekitar 120 pips!

Di samping pengukuhan US dolar, Pound juga turut menerima tekanan susulan amaran oleh Menteri Kesihatan UK, Sajid Javid yang menyatakan bahawa kes jangkitan Covid-19 bakal meningkat kepada 100,000 kes sehari selepas ini.

Justeru, selepas kenaikan harga semalam pada awalnya mencapai paras ketinggian sekitar 1.39000, pelabur telah menyaksikan harga menjunam semula sehingga ke paras 1.37700.

Harga kembali bergerak semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD untuk isyarat permulaan trend bearish semula.

Pergerakan harga perlahan pada sesi Asia pagi ini di sekitar paras 1.38000, namun penurunan lebih rendah harga akan dijangkakan pada sesi Eropah untuk harga menguji paras terendah mingguan dicecah Jumaat lalu sekitar 1.37400.

Seterusnya, zon support pada 1.37000 akan menjadi tumpuan bagi jangkaan penurunan harga yang diteruskan.

Zon tersebut telah berjaya menyokong semula kenaikan harga selepas diuji pada dagangan Mac dan April lalu.

Sekiranya harga berjaya membuat kenaikan semula, zon rintangan pada 1.39000 akan kembali diuji semula selepas kenaikan semalam gagal melepasinya.

Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan menuju semula zon SBR (support become resistance) pada 1.40000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat