GBP/USD Sasar Kenaikan Ke Paras $1.4000 Semula

586

Pergerakan harga pada carta GBP/USD paparkan corak kenaikan harga di awal minggu dengan lonjakan nilai Pound yang tidak dijangkakan para pelabur berikutan sentimen negatif yang membelenggu mata wang Britain itu sebelum ini.

Dengan faktor penyusutan US dolar susulan laporan terbaru berhubung kenyataan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell awal pagi ini, dilihat akan menyokong kenaikan harga pada carta GBP/USD.

Selain itu, Pound turut disokong oleh laporan terbaru dengan kenyataan oleh Menteri Kesihatan UK, Matt Hancock yang melihat bacaan data berkaitan kes Covid-19 adalah positif dan menjangkakan rancangan untuk pembukaan semula ekonomi pada 19 Julai akan berjalan lancar.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta GBP/USD, harga telah berjaya melonjak semula dari zon support 1.38000.

Selepas kenaikan ke paras 1.39300, harga susut semula semalam menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Namun, paras tersebut dilihat berjaya menyokong kenaikan semula harga untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru pada sesi New York semalam sekitar 1.39600.

Corak kenaikan harga ini dilihat akan mendorong harga menuju ke paras 1.4000 pula untuk menguji rintangan tersebut.

Melepasi paras tersebut seterusnya akan menuju pula ke zon SBR (support become resistance) 1.41000 yang menjadi paras sokongan harga sebelum harga menjunam ketika mesyuarat FOMC.

Namun jika harga membuat penurunan semula di bawah paras 1.39000, zon support 1.38000 dilihat akan kembali menjadi tumpuan sekali lagi.

Penurunan lebih rendah pada trend bearish melepasi support 1.38000 akan disasarkan untuk mencecah paras 1.37000 pula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat