GBPUSD Analisa Fundamental Harian 17 Feb 2015

27

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-013

Pound Dollar menjunam hampir 100 pips Isnin semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.5440 walaupun tiada sebarang data ekonomi dari Britain; ekoran kegiatan mengambil untung.  Para pedagang juga dilihat memberi reaksi awal kepada data CPI tahunan UK hari ini yang dijangka meleset dari sebelumnya, 0.3% berbanding 0.5% dan juga CPI bulanan yang dijangka dibawah sifar.

Minggu lepas, Pound memacu naik lebih 200 pips berikutan komen Gabenor Bank of England, Mark Carney yang mengatakan “interest rate” berkemungkinan dinaikkan lebih awal dari jangkaan pasaran.  En Martin Weale, salah seorang dari pegawai BoE yang mengundi untuk kenaikan “interest rate” tahun lepas, memberitahu akhbar bahawa BoE menjangkakan inflasi bakal naik melebihi sasaran 2% pada pertengahan 2017; sekaligus memerlukan kenaikan “interest rate” yang berkala.

Hari ini United Kingdom bakal melaporkan data berimpak tinggi CPI tahunan, yang dijangka meleset dari 0.5% kepada 0.3%, dan Core CPI yang dijangka stabil pada 1.3%  Keadaan ini dilihat bakal menyebabkan Pound dijual, melainkan laporan keluar lebih baik dari jangkaan.  Tiada sebarang data berimpak tinggi dari Amerika Syarikat hari ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat