GBPUSD Analisa Fundamental Harian 18 Dec 2014

35

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-010Pound Dollar menyusut hampir 200 mata dari paras tertinggi harian 1.5752 pada Rabu semalam selepas tiada perubahan pada undian ahli majlis MPC Bank of England terhadap “interest rate”.  Undi terus kekal dengan 2 menyokong kenaikan dan 7 menyokong kadar sedia ada.  Tambahan lagi, kadar penganguran, 6%, yang keluar meleset dari jangkaan 5.9%, walaupun kekal seperti data bulan lepas; menyebabkan para pedagang kehilangan minat untuk menambah pegangan dalam Pound.

Tahun 2015 bakal menyaksikan pilihanraya umum United Kingdom, dan kerajaan sedia ada pimpinan David Cameron dari Parti Konservatif, sudah semahunya menunjukkan pertambahan peluang-peluang pekerjaan dengan pengurangan kadar pengangguran sebagai salah satu agenda kempen pilihanrayanya.  Data inflasi Selasa lalu yang menunjukkan pengurangan, mungkin menambah sokongan rakyat terbanyak, tetapi bukan dari golongan pemegang modal dan peniaga.

Hari ini, data “retail sales” dari UK yang dijangka mengurang, dari 0.8% kepada 0.3%, bakal berdepan dengan data “initial jobless claims” dari Amerika Syarikat yang dijangka menambah 1,000 pemohon.  Pasaran pasca Mesyuarat FOMC Amerika Syarikat dilihat bakal berdagang dalam suasana berhati-hati, dengan aktiviti pengambilan untung untuk menutup dagangan tahunan 2014.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat