GBPUSD Analisa Fundamental Harian 19 Aug 2015

37

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-013

Pound Dollar melonjak lebih 150 pips Selasa semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5715 sebelum menutup sekitar paras 1.5655; selepas data menunjukkan inflasi UK melonjak kukuh dalam harga. Malah PPI dilapor lebih baik daripada yang dijangkakan. Sterling berjaya mencatatkan kenaikan yang baik berbanding dolar AS sejak minggu lepas – data inflasi yang kuat boleh menolak ia ke arah tahap rintangan yang utama dalam tempoh terdekat.

Kadar inflasi tahunan Britain meningkat kepada 0.1% pada bulan Julai – bulan keenam berturut-turut ia berlegar-legar pada atau hampir sifar. Pejabat Statistik Kebangsaan UK berkata kadar berbanding dengan bacaan yang stabil pada bulan Jun, adalah disebabkan oleh harga pakaian, kerana ada diskaun harga yang lebih kecil dalam jualan musim panas tahun ini berbanding tahun lalu. Harga makanan dan bahan api juga terus menurun, sekaligus mengekang kos keseluruhan.

Angka yang dikeluarkan Selasa semalam, bermakna ada sedikit tekanan untuk Bank of England menaikkan “interest rate”. Beberapa pembuat dasar, bimbang tentang kesan kadar rendah dalam jangka masa panjang. Kristin Forbes, ahli jawatankuasa MPC BoE, mengatakan kepada Daily Telegraph bahawa “menunggu terlalu lama adalah berisiko untuk melemahkan pemulihan.”

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat