GBPUSD Analisa Fundamental Harian 27 Mar 2015

48

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-009

Pound Dollar yang meningkat lebih 120 pips pada sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah, Khamis semalam, merudum lebih 180 pips untuk mencapai paras terendah harian, sekitar 1.4805, sebelum menutup pada sekitar 1.4845; sekaligus menjadikan kadar tukaran GBP|USD berada di bawah pivot hari ini, sekitar 1.4880, ketika artikel ini ditulis.

Di United Kingdom semalam, data “retail sales” mengejutkan pasaran apabila dilaporkan jauh lebih baik dari jangkaan, 5.7% berbanding 4.7%, walapun sedikit turun dari 5.9% pada sebelumnya.  Bancian Confederation of British Industry juga melonjak kepada 18 berbanding 15 jangkaan, dan sifar pada sebelumnya.  Aktiviti perniagaan dan industri UK yang semakin rancak, menunjukkan perkembangan ekonomi yang semakin baik.

Hari ini, Gabenor Bank of England, Mark Carney bakal berucap memberikan padangan beliau terhadap masa depan ekonomi UK.  Ketika ini majlis mesyuarat MPC BoE masih mengundi untuk mengekalkan “interest rate”, walaupun ada ahli majlis yang menyokong kenaikannya seawal suku pertama 2016.  Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati sehingga laporan GDP tahunan AS di siarkan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat