Gempak! Saham Ini Beri Keterujaan Kepada Pelabur, Capai Paras Tertinggi 5 tahun

572

Harga saham Can-One Bhd catat kenaikan drastik mencapai RM4.10 pada sesi dagangan di Bursa Malaysia hari ini dan ia juga merupakan paras tertinggi sejak 5 tahun.

Sekiranya trend kenaikan terus berlaku, tidak mustahil untuk pergerakan harga menguji paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang pernah dicapai pada Januari 2016 sekitar RM4.90.

Setakat 3.48 petang, harga saham Can-One telah meningkat 5.21% kepada RM3.84 yang mana sedikit menyusut setelah harga mencapai paras RM4.10 pada pagi ini.

Syarikat itu juga telah memperoleh niai permodalan pasaran sebanyak RM737.87 juta.

Meskipun faktor kenaikan tidak begitu jelas, namun Can-One yang terlibat dalam pembuatan tin logam dan litograf serta pelbagai bidang lain telah mencatat lonjakan pendapatan pada suku tahun ini.

Bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2021, syarikat itu telah mencapai keuntungan bersih sebanyak RM48.83 juta daripada kerugian bersih RM26.48 juta pada tahun lalu.

Pendapatan syarikat juga melonjak 19.4% kepada RM678.83 juta berbanding RM568.4 juta.

Can-One mengatakan bahawa kenaikan itu disumbangkan oleh peningkatan prestasi di bahagian pembungkusan am dan perbelanjaan faedah yang lebih rendah.

Pada 1 Februari, pergolakan politik yang tercetus di Myanmar sedikit sebanyak memberi kegusaran kepada perkembangan operasi perniagaan kumpulan itu di Myanmar.

Walau bagaimanapun, syarikat itu berkata kilang di Myanmar masih kekal beroperasi dan ia terus memberi pendapat yang memuaskan serta bertambah baik.

Pada 4 Mei pula, Can-One telah memperoleh tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat pada harga RM2.50 sesaham dari pengarahnya Yeoh Jin Hoe dan bersama dengan (PAC).

Selain itu, Eller Axis Sdn Bhd telah memeterai perjanjian penjualan saham tanpa syarat dengan Genkho Candoz Sdn Bhd untuk membeli saham Can-One sekitar 20.94%.

Ia juga merangkumi jumlah pembelian sebanyak RM100.6 juta atau RM2.50 sesaham.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat