Gempar! AirAsia Kena Siasat Dengan SPRM?

423

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan mengenai pinjaman 300 juta ringgit dari Sabah Development Bank Bhd (SDB) kepada syarikat penerbangan bajet AirAsia Group Bhd.

Pengarah SPRM untuk negeri Sabah S. Karunanithy mengesahkan bahawa agensi itu sedang menyiasat pinjaman yang diluluskan oleh bank milik negeri Sabah tetapi enggan mengulas lanjut.

Menurut sebuah laporan, Ketua Menteri Hajiji Noor baru-baru ini telah mengarahkan agar siasatan forensic dijalankan oleh firma audit bebas mengenai keputusan bank itu, dan memanggil SPRM.

Sementara itu, siasatan tersebut akan meneliti bagaimana dana itu dikeluarkan dengan cepat dalam tempoh beberapa hari setelah pembentukan kerajaan negeri yang baru sambil mendedahkan bahawa pinjaman tersebut telah diluluskan pada 2 Julai.

Walau bagaimanapun, AirAsia tidak mahu mengemukakan apa-apa respon berhubung isu berkenaan.

Di samping itu, Bekas Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal mengatakan bahawa beliau menyambut baik siasatan dan menyatakan bahawa tiada perkara yang tersembunyi di sebalik pinjaman itu.Tambahanya lagi, permohonan itu tidak dibuat dalam tempoh yang singkat tetapi sebaliknya SDB telah melakukan penyelidikan dan pertimbangan yang terbaik dan teliti sebelum persetujuan diberikan.

Selain itu, AirAsia pada hari Jumaat yang lalu mengatakan bahawa pinjaman tersebut telah dipersetujui dan dikeluarkan dari bank kepada kumpulan syarikatnya sebagai sebahagian daripada usaha pengumpulan dana yang dilakukan oleh syarikat penerbangan itu, tetapi tidak menentukan waktunya.

Lebih daripada separuh jumlah pinjaman itu adalah untuk mewujudkan dan mengendalikan kemudahan bekalan makanan dan cold chain di Sabah.

Untuk pengetahuan semua, syarikat penerbangan berhadapan dengan kesan penularan wabak Covid-19 itu berusaha untuk mengumpulkan sekitar 2.5 bilion ringgit pada akhir tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat