Gempar! Emas Sentuh $2,000 Per Auns, Bakal Tembus ‘ATH’ Lagi?

1,232

Permulaan dagangan awal minggu turut menyaksikan emas melanjutkan kenaikan lebih tinggi dengan menyentuh paras harga $2,000 per auns di tengah permintaan yang semakin meningkat untuk safe-haven.

Perang yang berlanjutan di Ukraine telah mencetuskan kebimbangan baharu bahawa impak sekatan terhadap Rusia akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi global dan meningkatkan inflasi ekoran lonjakan harga komoditi dunia yang semakin tidak dapat dibendung.

Sekatan Barat ke atas Rusia dilaporkan memasuki kitaran baharu, selepas setiausaha negara Amerika Syarikat, Antony Blinken berkata Ahad bahawa Washington dan sekutunya sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan import minyak dan gas asli dari Rusia.

Ini bukan sahaja akan menjejaskan bekalan bahan bakar global tetapi juga bakal memberi impak kepada Eropah yang bergantung kepada produk import Rusia.

Gangguan bekalan tenaga, logam dan bijirin akan menambah tekanan harga global untuk terus meningkat. Susulan itu, logam kuning emas mendapat permintaan sebagai lindung nilai kepada inflasi oleh pelabur.

Pada sesi Asia, logam berharga itu didagangkan kukuh pada tahap tertinggi 18 bulan di sekitar harga $1,990 per auns, susut sedikit dari paras $2,000 yang dicapai pada awal sesi. Sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,994 per auns.

Sekiranya tekanan ini berterusan, maka tidak mustahil jika logam kuning itu akan menembusi paras tertinggi sepanjang masa yang pernah dicapai sebelum ini pada September 2020, iaitu pada $2,075 per auns.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat